Huawei hari ini sedia memperkenalkan siri Mate 50 dan MateBook E Go sebagai pilihan baharu untuk produk keluarannya. Bagaimanapun, ianya tidak terhad di situ sebaliknya telefon pintar di bawah siri Nova turut dikemaskini dengan pengenalan Nova 10z.



Peranti ini dilengkapi skrin LCD 6.6-inci FHD+ dengan kadar segar semula standard. Ia kemudiannya dikuasakan dengan cip pemprosesan lapan teras yang tidak didedahkan secara khusus namun apa yang pasti tidak disertakan sokongan 5G terbina.
Memori pula sebesar 8GB RAM dengan storan mencapai 512GB. Turut disertakan adalah tri-kamera utama 64MP + 8MP + 2MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 4000mAh dengan sistem pengecasan pantas berwayar 44W.

Untuk harga, Huawei Nova 10Z dijual pada RMB1599 (~RM1,033) (8GB/128GB) dan RMB1799 (~RM1,163) (8GB/256GB) dengan pilihan warna Magic Night Black, Frost Silver dan Emerald Green.