HappyFresh merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan orang ramai melakukan tempahan barangan runcit dari kedai atau pasaraya berhampiran dengan mudah.
Melaluinya, pengguna boleh memilih barangan, dan seterusnya menjadualkan penghantaran terus ke rumah.

Kini, HappyFresh dilihat menghadapi masalah kewangan, dan ahli lembaga pengarahnya telah meminta sebuah firma melakukan semakan berkaitan situasi kewangan syarikat tersebut.
Pada masa yang sama, perkhidmatan HappyFresh juga dilihat tidak ditawarkan di sejumlah kawasan. Semakan kami sendiri memperlihatkan HappyFresh memaparkan notis pada aplikasi mereka, menyatakan semua kedai ditutup buat sementara waktu.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HappyFresh akan kembali beroperasi seperti sedia kala kembali.
- Sumber
- Sumber : Rnggt