Grab kini menguji sebuah ciri baharu dinamakan AudioProtect. Melaluinya, ia sebuah ciri yang mengaktifkan sokongan mikrofon pada telefon pintar, sekaligus melakukan rakaman audio semasa perjalanan yang anda naiki menggunakan Grab – sebagai perlindungan tambahan.

Ciri ini akan dilancarkan secara rasminya pada Oktober kelak. Buat masa ini, Grab AudioProtect diuji dalam bentuk beta dikalangan segelintir pengguna di Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Grab memaklumkan rakaman akan dipadamkan selepas 10 hari jika tiada sebarang insiden dilaporkan. Sekiranya sesuatu perkara dilaporkan, maka rakaman tersebut akan diasingkan dan digunakan untuk siasatan lanjutan.

Rakaman yang dilakukan juga akan disulitkan, dan tidak boleh didengar balik oleh sesiapa selepas sesuatu perjalanan, melainkan sesuatu insiden dilaporkan dan ia akan digunakan untuk tujuan siasatan.
Sebaik sahaja diaktifkan, rakaman akan dijalankan secara automatik setiap kali anda menaiki Grab. Melalui FAQ juga, Grab menyatakan rakaman akan dilakukan sekiranya kedua-dua pemandu dan juga pengguna mengaktifkan ciri tersebut.
Bagi anda yang berada di Johor Bahru dan Pulau Pinang, boleh menyemak sama ada ciri ini telah diaktifkan untuk anda atau tidak. Semua pengguna dijangka akan dapat menggunakannya menjelang Oktober kelak.
- Sumber
- Sumber : Lowyat