Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baharu, dan yang mencuri perhatian adalah Huawei Mate 50 dan juga Huawei Mate 50 Pro.

Kedua-duanya hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk fotografi XMAGE, selain sokongan sambungan satelit.

Tidak ketinggalan adalah pada bahagian bateri. Seperti diacah, Huawei berkongsi mengatakan kini apabila bateri mencapai 1%, sebuah mod automatik akan diaktifkan.

Pada mod ini, pengguna boleh melakukan panggilan suara sehingga 12 minit lamanya, atau menggunakan ia dalam mengimbas kod QR sehingga 4 kali.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan beberapa perkara sebelum sesuatu bateri itu habis sepenuhnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei Mate 50 akan diperkenalkan untuk pasaran global.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd