Guna Google Chrome? Kemaskini Sekarang Dan Atasi Masalah Kerentanan Sekuriti!

Diterbitkan pada Sep 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini telah mengeluarkan kemaskini kecemasan kepada para pengguna Google Chrome di Windows, Mac dan juga Linux.

Melalui kemaskini kecemasan ini, ia mengatasi salah satu kerentanan sekuriti yang telah dikenal-pasti, dan didapati sedang disalah-guna oleh para pengodam dalam melakukan searangan.

Buat masa ini, Google tidak berkongsi lanjut berkenaan dengan kerentanan atau pepijat tersebut, dan dijangka akan berkongsi dengannya tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, boleh ke menu Chrome, pilih Help, dan seterusnya About Google Chrome untuk memulakan proses kemaskini.

komen


© Amanz / 2022 Kami