Perdana Menteri hari ini berkongsi mengatakan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 akan dibangunkan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menyokong pembangunan ekosistem dron di Malaysia.
Disamping itu, Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UAS-TM) juga bakal dibangunkan .
Di Malaysia, industri dron dijangka menjana pertumbuhan sebanyak RM50.71 bilion, selain berupaya mewujudkan sekitar 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030 kelak.
Pihak MRANTI dijangka akan menyelaras perkara ini, termasuk melaporkan kemajuannya kepada ahli majlis.