Carian
Qualcomm Perkenal Cip Snapdragon 6 Gen 1 Dan Snapdragon 4 Gen 1
September 7, 2022 Aman

Selepas memperkenalkan penamaan baharu untuk keluarga Snapdragon 8 dan Snapdragon 7, hari ini Qualcomm turut memperkenalkan cipset baharu dibawah keluarga Snapdragon 6 dan juga Snapdragon 4.

Yang pertama adalah Snapdragon 6 Gen 1, iaitu cipset berspesifiaksi pertengahanm dan dibina berasaskan binaan 4nm.

Snapdragon 6 Gen 1 menawarkan kelajuan mencapai 2.2Ghz dengan binaan lapan teras, serta menawarkan prestasi grafik 35% lebih baik berbanding sebelum ini. Ia juga turut menyokong kamera sehingga 200MP, sambungan WiFi 6E, serta 5G.

Snapdragon 4 Gen 1 pula merupakan cipset berspesifikasi asas dengan binaan 6nm. Ia hadir dengan sokongan lapan teras, serta kelajuan 2.0Ghz. Berbanding generasi sebelumnya, Snapdragon 4 Gen 1 menawarkan prestasi CPU 15% lebih baik, selain GPU 10% lebih baik.

Telefon menggunakan cip Snapdragon 4 Gen 1 dijangka hadir dalam masa beberapa minggu lagi, sementara telefon yang menggunakan cip Snapdagon 6 Gen 1 dijangka hadir pada awal tahun 2023 kelak.

Komen