Sundar Pichai : Google Mempunyai Ramai Pesaing, Termasuk Tiktok, Microsoft, Amazon, Tencent Dan Sebagainya

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CEO Google, Sundar Pichai hari ini berkongsi sejumlah perkara pada acara Code Conference, termasuk menyentuh berkenaan dengan persaingan.

Ramia yang menganggap Google mendominasi dunia, melalui platform pengiklanan, enjin carian, platform video, dan sejumlah perniagaan lain. Namun, menurut Sundar Pichai, mereka mempunyai angka persaingan yang tinggi.

Sundar Pichai

Menurut beliau, dalam dunia teknologi, persaingan hadir daripada pelbagai tempat dan lokasi. Seperti semua sedia maklum, sekitar tiga empat tahun lepas, tiada siapa bercakap mengenai TikTok, tetapi kini ia menjadi platform yang memberikan impak besar kepada pelbagai gergasi lain.

Disamping itu, Google juga mempunyai cabaran daripada sejumlah syarikat teknologi gergasi lain seperti Amazon, Microsoft, dan lain-lain – serta meliputi pelbagai industri.

Apa pun, Sundar Pichai turut menekankan, yang mana kadang-kala ada syarikat yang memfokuskan terlalu tinggi pada pesaing. Terdapat juga syarikat besar yang gagal disebabkan oleh faktor dalaman yang kurang kukuh.

komen


© Amanz / 2023 Kami