Carian
Tencent Melabur €300 Juta Ke Ubisoft Untuk Memegang 9.99% Saham
September 7, 2022 Effi Saharudin

Tencent telah melakukan pelaburan €300 juta (~RM 1.33 bilion) ke dalam Ubisoft pagi ini bagi meningkatkan pegangan saham mereka dari 4.5% ke 9.9%. Pelaburan adalah dalam bentuk €200 juta (~RM891 juta) saham yang dibeli dari Guillemot Brothers Ltd dan €100 (~RM445 juta) dalam bentuk modal kepada syarikat.

Tencent

Ubisoft mempunyai kebebasan melakukan perniagaan seperti biasa kerana Tencent masih sekadar pemegang minoriti syarikat. Pelaburan ini juga diharap akan dapat membantu Ubisoft untuk menawarkan IP mereka ke peranti mudah alih yang kini mempunyai pegangan pasaran lebih besar berbanding PC dan konsol. Tencent pula meningkatkan pengaruh mereka dalam dunia permainan video selepas turut melabur ke dalam Epic Games dan Activision Blizzard.

Komen