Carian
Huawei Mate 50E Turut Dilancarkan Dengan Snapdragon 778G Dan Kamera XMAGE
September 7, 2022 Effi Saharudin

Selama trio Huawei Mate 50, Mate 50 Pro dan Mate 50 RS dilancarkan dengan sistem kamera mercu XMAGE serta cip baharu Snapdragon 8+ 4G. Tetapi dengan harga jualan yang mercu, ini membuatkan ketiga-tiga peranti tidak mampu dimiliki semua. Oleh itu Huawei Mate 50E turut dilancarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Huawei Mate 50E hadir dengan skrin 6.7″ OLED 90Hz, dijana cip Snapdragon 778G 4G, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4460 mAh yang menyokong pengecasan 66W. Ini adalah sistem pengecasan yang sama seperti tiga model mercu.

Kamera belakang terdiri daripada sensor 50MP sudut lebar dan 13MP ultra sudut lebar dengan teknologi XMAGE. Sensor utama juga dilengkapi sistem apertur boleh diubah. Sementara itu di hadapan sensor 13MP digunakan dengan ia diletakkan pada lubang kamera di hadapan.

Harga jualan ialah RMB3999 (~RM2588) untuk 128GB dan RMB4499 (~RM2911) untuk 256BGB dengan ia ditawarkan dalam warna perak, ungu dan hitam.

Komen