Filem Sains Fiksyen Ini Dihasilkan Menggunakan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DALL.E, DeepFake, Midjourney, Murph, dan Stable Diffusion adalah antara kecerdasan buatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar dan video palsu yang kelihatan semula jadi. Kerana kemampuan kecerdasan kini semakin baik, Fabian Stelzer seorang usahawan dari Jerman mengumumkan filem Salt yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan.

Filem yang diberi nama Salt akan menggunakan imej yang dijana kecerdasan buatan sebagai latar belakang, prop dan juga pelakon maya. Perisian lain kemudiannya akan digunakan untuk menghasilkan animasi dan pergerakan waja pelakon dalam filem ini. Tidak seperti filem tradisional, Stelzer mengambil input dari orang ramai menerusi media sosial untuk menghasilkan plot filem yang tidak ditulis sebelum ia dihasilkan.

Ini mungkin teknik pembikinan yang aneh tetapi tidak boleh dinafikan unik serta mampu menimbulkan persoalan adalah kecerdasan buatan cukup berkuasa sehingga ia boleh digunakan untuk menghasilkan karya seni.

komen


© Amanz / 2022 Kami