Carian
Elizabeth Holmes Memohon Kes Theranos Dibicarakan Semula
September 7, 2022 Effi Saharudin

Pengasas Theranos, Elizabeth Holmes memohon kes penipuan beliau dibicarakan semula. Menurut Holmes saksi utama pendakwaan Adam Rosendorff yang juga bekas pengarah makmal Theranos menemui beliau pada Ogos lalu menyuarakan kekesalan keterangan beliau di mahkamah memberikan gambaran situasi di syarikat adalah lebih buruk dari keadaan sebenar.

Pada 1 September lalu, mahkamah menolak permohonan beliau untuk merayu keputusan bersalah ke atas lapan pertuduhan yang dijatuhkan tahun lalu. Holmes berhadapan penjara sehingga 20 tahun dan denda $250,000 untuk setiap kesalahan. Hukuman akan dijatuhkan pada 26 September hadapan dan permohonan dibicarakan semula ini ialah langkah akhir untuk mengelakkan pengasas Theranos dipenjarakan.

Kejatuhan Theranos membuka semula mata dunia tentang bahaya melabur ke dalam syarikat tunas rintis yang menjanjikan evolusi teknologi tetapi kemudiannya hanya menjadi perkakasan wasap.

Komen