Jualan 9.9 Lazada Tawar Diskaun Sehingga 80% Berserta Baucar Penghantaran Percuma

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jualan 9.9 Lazada kembali lagi dan ini jugalah masa yang sesuai untuk orang ramai membeli-belah dengan lambakan potongan harga menarik. Dijadualkan berlangsung bermula pada 9 – 11 September, terdapat ribuan jenama dan peniaga yang hadir dengan strategi promosi tersendiri dalam memasarkan produk masing-masing. Dalam masa sama, Lazada turut memeriahkannya dengan sejumlah tawaran menarik lain yang mengujakan.

Antaranya seperti diskaun hebat sehingga 80% menerusi tawaran Crazy Brand Mega Offer yang bermula pada 9 September di antara jam 12 hingga 2 pagi. Melaluinya, sehingga 9 juta baucar bernilai RM10 turut boleh dikumpul tanpa perbelajaan minimum. Di samping tawaran diskaun RM9 untuk pembelian bernilai RM99 (produk terpilih) dan hadiah sehingga RM1,999 boleh direbut apabila apabila tambah nilai Lazada Wallet dengan nilai minimum RM50. Turut disertakan adalah diskaun 50% yang boleh dinikmati sepanjang jualan ini berlangsung tanpa sebarang tetapan masa.

Seterusnya, para pelanggan turut boleh menikmati ganjaran pulangan tunai Lazcoins sehingga 80%. 99 pembayaran pertama yang dibuat dari jam 12 hingga 2 pagi pada 9 – 11 September akan melayakkan pelanggan untuk menerima 999 ganjaran pulangan tunai Lazcoins dengan perbelanjaan minimum RM99. Dalam masa sama, pulangan tunai Lazcoins sehingga 15% turut ditawarkan oleh Lazada untuk sebarang pembayaran yang dibuat sebelum 9 September tanpa perbelanjaan minimum.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menebus sehingga 10 baucar penghantaran percuma sepanjang jualan ini berlangsung. Ia akan disediakan dan diperbaharui oleh Lazada setiap hari menerusi Lucky Egg di halaman utama aplikasi Lazada. Melaluinya, baucar penghantaran percuma bernilai RM5 untuk perbelanjaan minimum RM8 diberikan.

Bukan itu sahaja, tawaran Chup Dulu pula membolehkan pengguna meletakkan deposit sebanyak 10%. Ini adalah pra-jualan untuk set produk eksklusif dengan diskaun hebat di mana deposit 10% diperlukan terlebih dahulu. Kemudian, baki selebihnya akan dibayar pada 9 September bermula jam 2 pagi. Deposit ini bagaimanapun tidak akan dikembalikan.

Akhir sekali, ganjaran Kaw Kaw bernilai sehingga RM3,000,000 turut ditawarkan menerusi Lazzie Hunt. Melaluinya, para pelanggan perlu melengkapkan misi harian Lazzie Hunt dengan cara mengumpul Lazzie edisi istimewa yang boleh didapati menerusi imbasan kod QR pada parcel Lazada. Ia kemudiannya boleh ditebus untuk sejumlah ganjaran seperti Rebat Wallet, LazCoins dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Lazada Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami