Cari @ Amanz

Anker Memperkenalkan Kabel Pengecasan Yang Diperbuat Daripada Jagung Dan Tebu

Oleh Nazrin

Link Copied!

Dunia teknologi kini dilihat semakin mengurangkan kebergantungan kepada bahan virgin plastic dan semakin meningkatkan penggunaan plastik Post-Consumer Recyclable (PCR) ataupun bahan bio dalam binaan mereka, tatkala teknologi bahan semakin pesat dimajukan.

Terkini, Anker telah memperkenalkan kabel-kabel pengecasan Anker 541 USB-C To Lightning dan Anker 543 USB-C To USB-C untuk pengecasan pantas peranti-peranti Apple dan Android. 40 peratus daripada binaan luaran kabel-kabel ini menggunakan bahan bio, termasuklah jagung dan juga tebu yang dilihat mengurangkan kebergantungan kepada bahan-bahan seperti thermoplastic elastomer yang diperbuat daripada petroleum.

Anker mengatakan bahawa sama seperti kabel-kabel mereka sebelum ini, ia hadir dengan ketahanan 20 ribu lipatan, menjadikan kabel ini tahan lasak dan boleh digunakan untuk jangka-masa yang panjang.

Dalam pada itu, kabel Anker 541 hadir dengan pengesahan MFi dimana ia hadir dengan kuasa pengecasan 30W dan mampu mengecas bateri sebuah iPhone 13 sehingga kapasiti 50% dalam masa 30 minit. Anker 543 pula boleh menampung pengecasan sehingga 100W dan mampu mengecas bateri sebuah MacBook Pro ke kapasiti 38 peratus dalam 30 minit sahaja.

Kedua-dua kabel Anker 541 dan Anker 543 ini sudahpun mula ditawarkan di laman web Anker pada harga $18.99. Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.


Komen ()