Walaupun secara peribadi Oppo Find N adalah peranti dengan skrin boleh-lipat kegemaran saya. Perisian pada hemat saya masih lagi dimenangi oleh Samsung dengan One UI yang digunakan pada Samsung Galaxy Z Flip dan Z Fold.
Samsung Galaxy Z Fold4 dan Flip4, adalah dua pertama terus keluar daripada kotak sudah menjalankan One UI 4.1.1 yang dibina berasaskan Android 12L.

Bagi yang tidak tahu, Android 12L adalah sistem operasi Android yang telah dioptimasikan untuk mesra digunakan bersama peranti skrin besar, boleh-lipat serta multi-tugasan. Contoh adalah dermaga aplikasi, ciri kawalan gestur untuk akses pantas, drag & drop, prestasi yang lebih lancar dan banyak lagi.

Terkini, dua peranti dengan skrin boleh-lipat Samsung tahun lepas iaitu Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 telah mula menerima kemaskini ini. Kemaskini ini adalah sekitar bawah 500MB dan diedarkan secara berperingkat bermula dengan pengguna di Korea Selatan. Pengguna peranti ini kelas, selepas kemaskini dipasang abda akan boleh gunakan beberapa ciri dan fungsi yang sedia ada pada Z Fold4 dan Z Flip4.