Seperti dijanjikan minggu lalu, MySejahtera kini menyokong ciri ikrar untuk pengguna menderma organ. Selepas aplikasi dikemaskini, ikon Ikrar Derma Organ dengan ikon berbentuk hati akan dapat dilihat pada bucu atas kiri aplikasi.

Apabila ditekan pengguna akan dibawakan kepada skrin untuk mengisi maklumat peribadi seperti waris terhampir serta nombor telefon peribadi. Selepas kesemua soalan dijawab pengguna hanya perlu menekan butang bersetuju untuk menjadi penderma organ dengan pengesahan akan dipaparkan pada skrin.
Pengguna juga boleh menarik semula ikrar dengan pergi semula ke menu menderma organ dan menekan butang pembatalan ikrar. Selain melakukan ikrar, terdapat juga akses kepada soalan lazim mengenai program menderma organ di Malaysia. Kemas kini aplikasi MySejahtera untuk menggunakan ciri yang dapat membantu masyarakat hari ini.