Pengguna Oppo Find X5 Pro Di Malaysia Boleh Kemaskini Ke Android 13 Bermula 16 September

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Agak terperanjat untuk melihat Oppo pantas dalam mengedarkan kemaskini perisian untuk peranti. Oppo juga adalah antara yang terawal bukan Google memperkenalkan Android 13 pada peranti masing-masing. Color OS 13 berasaskan Android 13 adalah versi baharu yang akan diterima oleh pengguna Oppo terpilih.

Beberapa ujian beta telah pun dijalankan. Kini Oppo sudah bersedia memperkenalkan Color OS 13 kepada pengguna mereka di Malaysia, 16 September. Kemaskini untuk Oppo Find X5 Pro akan diedarkan kepada pengguna Australia, Perancis, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

20 September pula adalah giliran Find X3 Pro dan pada 23 September, pengguna Reno8 Pro pula akan menerima kemaskini. Kemaskini ini akan diedarkan sehingga suku pertama 2023 untuk pengguna Oppo siri A, F, K, Reno dan Find X.

komen


© Amanz / 2022 Kami