GoPro Hero Session Bakal Kembali? Hero11 Black Mini Tertiris Sebagai Kamera Kompak Baharu

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

GoPro adalah syarikat teknologi yang terkenal dengan kamera aksi mereka. GoPro menawarkan pelbagai jenis kamera untuk pelbagai situasi agar semua orang boleh mudah guna, sunting dan kongsi. Produk yang mereka telah pun lancarkan baru-baru ini adalah GoPro Hero10 Black Bone, iaitu kamera sama tahun lepas cuma diubahsuai agar boleh dipasang pada dron.

GoPro Hero11 dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Siri baharu ini dilihat masih menggunakan rekaan dan sensor juga mungkin sama. Tahun ini mungkin berlainan kerana GoPro mungkin akan melancarkan atau mengembalikan satu produk kembali.

Kamera ini adalah GoPro Hero11 Mini dan bersama-sama dengannya turut kelihatan GoPro Hero11 Black Mini. Ia adalah kamera aksi dalam saiz keseluruhan yang lebuh kecil. Kali terakhir kamera dalam bentuk ini dalam barisan GoPro Hero6.

Hero11 Black Mini dilihat bukan sekadar salin rekaan hadapan kamera mereka seperti kamera Sessions sebelum ini. Adakah ini kamera untuk b-roll? Kamera sampingan? Kamera ini langsung tidak mempunyai skrin, ada panel di sisi mungkin untuk bateri dan storan dan pemegang di bawah. Hanya satu butang fizikal boleh dilihat dengan jelas, iaitu butang Bluetooth.

Butang-butang lain mungkin akan berada di bahagian atas. Tujuan kamera Mini ini juga masih misteri. Memandang ia menggunakan nama sama dengan model mercu, Black Mini ini mungkin versi yang yang sama cuma kecil, atau sebagai kamera kedua untuk lebih banyak sudut rakaman.

Sama-sama kita nantikan pelancaran kamera ini dalam masa beberapa minggu ini. Disebabkan ianya mini, mungkin harga jualan boleh capai bawah RM2K?

komen


© Amanz / 2022 Kami