Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini telah mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan untuk kawasan-kawasan tertutup bermula serta-merta.
Walaupun begitu, beliau turut mengatakan bahawa pemakaiannya masih lagi diwajibkan untuk fasiliti-fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik, dalam pengangkutan awam dan sekiranya anda didapati positif gejala COVID-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan lagi, kerajaan juga masih lagi menggalakkan pemakaian pelitup muka di lokasi-lokasi seperti stadium, gedung membeli-belah, rumah-rumah ibadah dan untuk mereka yang berisiko tinggi seperti orang tua dan mereka dengan penyakit kronik.
Pengumuman ini dibuat memandangkan kes-kes positif COVID-19 yang semakin menurun dan stabil, tetapi dengan kelonggaran ini juga orang ramai dinasihatkan untuk memastikan bahawa kesihatan sendiri dan keluarga perlu dijaga supaya kita tidak memperlihatkan jumlah kes wabak COVID-19 yang semakin meningkat.