Dengan PowerToys Anda Kini Boleh Salin Terus Teks Daripada Imej

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada telefon pintar, saya sedari perkara paling kerap yang saya lakukan adalah salin dan tampal terjemah teks adalah yang saya kerap buat. Contohnya dari apa-apa aplikasi, penterjemahan, ciri mengesan teks dan banyak lagi.

Pada Android dan iOS, penterjemahan teks untuk saya adalah satu dengan menggunakan tangkapan layar ke Google Translate, terus dari Google Translate. Jika saya menggunakan Pixel, saya boleh terus pilih teks dalam mana-mana imej tidak kira aplikasi. Pada Android, Google Lens sentiasa sedia membantu.

Microsoft terkini dilihat turut ingin menawarkan ciri yang lebih kurang sama. Melalui perisian Microsoft PowerToys, kemaskini 0.62 telah membawakan sokongan Screen Ruler, Quick Accent dan Text Extractor. Screen Ruler adalah pembaris di skrin untuk menentukan resolusi, Quick Accent pula adalah seakan Mac, jika tekan kekunci sambil tekan bar jarak untuk menggunakan aksen berbeza dan yang ketiga adalah Text Extractor.

Text Extractor inilah amat memudahkan saya dan meningkatkan lagi nilai produktiviti. Saya boleh salin teks demi teks dengan mudah, tidak mengelirukan, tidak memerlukan banyak aplikasi dan paling penting percuma. Penggunaan ciri ini adalah seperti Snipping Tools, tekan kekunci pintas iaitu Windows + Shift + “T” dan kemudian cari ruangan isi teks dan tekan tampal atau Ctrl + “V”.

komen


© Amanz / 2022 Kami