Data 105 Juta Rakyat Indonesia Dikatakan Tertiris Di Arena Web Gelap

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Isu penirisan data rakyat negara-negara nampaknya tidak akan selesai bila-bila masa lagi. Jika beberapa bulan lalu data rakyat Malaysia dijual di arena web gelap, kini nampaknya tiba giliran Indonesia pula.

Baru-baru ini ia didapati bahawa sekitar 105 juta data rakyat Indonesia, termasuklah kad pengenalan peribadi, nombor kad keluarga, nama penuh, tempat kelahiran, tarikh lahir, jantina dan umur telah tertiris dan berkemungkinan dijual di arena web gelap.

Berdasarkan tangkapan layar, data yang tertiris ini nampaknya datang dari Komisi Pemilihan Umum, yang nampaknya memegang tanggungjawab sama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia.

Tirisan data ini juga dilihat berlaku baru-baru ini sahaja, dan mengandungi sejumlah 20GB data rakyat negara tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami