Carian
Bekas Pengurus Google Dipilih Sebagai Presiden Signal
September 7, 2022 Fahim Zahar

Signal pada pendapat peribadi saya adalah platform pemesejan yang paling membosankan. Ia agak kosong seperti WhatsApp pada awal permulaan, tetapi mempunyai banyak ciri dan fungsi yang fokus kepada keselamatan data pengguna.

Meredith Whittaker iaitu bekas pengurus di Google kini telah menjadi presiden Signal. Meredith adalah antara orang ternama dalam industri. Beliau keluar Google kerana masalah gangguan seksual dan kemudian membangunkan AI Now Institute untuk kajian sistem kecerdasan buatan yang beretika.

Sebagai Presiden Signal, Meredith turut akan memegang jawatan ketua eksekutif CEO. Masa hadapan baharu Signal adalah mesra alam dan hijau serta untuk memastikan lebih 40 juta pengguna aktif ini dapat dikendalikan.

Presiden baharu Signal ini turut menyatakan yang jawatan baharu ini adalah cabaran baharu, kerana jutaan pengguna untuk dikendalikan tanpa mengumpul data amat mencabar. Beliau turut akan cuba menjadikan Signal lebih popular dan digunakan ramai.

Komen