Cari @ Amanz

Adalah aneh Sony, syarikat yang terkenal dengan konsol PlayStation tidak menawarkan telefon gaming mereka sendiri seperti Black Shark, ASUS ROG, dan Lenovo Legion. Tetapi pada 12 September ini, mereka akhirnya akan melancarkan aksesori gaming khusus untuk peranti Xperia.

Apakah aksesori tersebut masih lagi misteri kerana video yang diacah tidak begitu jelas. Mungkin alat kawalan permainan Dual Sense edisi Xperia dan fon kepala gaming setanding dengan keluarga INZONE yang mereka telahpun jual di Malaysia? Ataupun Sony berjaya merahsiakan sebuah telefon Xperia PlayStation baharu yang sudah lama dikeluarkan sejak Xperia Play? Kesemua ini bakal terjawab pada 12 September hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd