Honor X40 bakal dilancarkan di China pada 15 September ini. Dikatakan akan mempunyai tawaran lebih baik berbanding generasi terdahulu, rekaan serta sebahagian spesifikasi telah didedahkan. Ia menunjukkan peranti mempunyai panel hadapan melengkung pada kedua-dua sisi bersama lubang untuk kamera swafoto.

Turut disertakan adalah saiz bezel pada keempat-empat sisi peranti yang nipis dan panel sejenis OLED. Besar kemungkinan ia menawarkan skrin sebesar 6.8-inci dengan kepadatan piksel mencapai 800nits. Kebolehan warna 10-bit secara menyeluruh turut dikhabarkan disertakan pada peranti ini.

Pada bahagian belakang dwi-kamera digunakan dan diletakkan dalam bonggol besar berbentuk bulat. Satu LED Flash turut kelihatan di dalam bonggol kamera yang sama. Tapi sayangnya, tiada maklumat lanjut mengenai konfigurasi kamera yang didedahkan setakat ini.