Cari @ Amanz

TikTok sedia memfokuskan kepada ciri edagang pada platform mereka, dinamakan TikTok Shop. Selari dengannya, kini mereka turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Ninja Van sebagai rakan kongsi logistik untuk TikTok Shop.

Selain Malaysia, Ninja Van juga dipilih menjadi rakan kongsi logistik di Indonesia dan juga Filipina.

Dengan pemilihan ini, apabila pembelian dilakukan dengan pilihan “Ship by TikTok”, ia akan dihantar oleh Ninja Van sebagai salah satu rakan kerjasama.

Bagi penjual juga, ia kini akan memudahkan lagi proses jualan – dimana mereka hanya perlu memfokuskan kepada penjualan dan promosi, sementara proses logistik akan duruskan melalui Ninja Van di pusat terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd