Ciri “Edit” Twitter Hanya Boleh Digunakan 5 Kali Dalam Masa 30 Minit

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri Edit yang menyunting ciapan yang telah dihantar telah diuji oleh Twitter minggu lalu. Kini mereka mengumumkan ciri ini telah diaktifkan untuk pengguna Twitter Blue di New Zealand terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada pelanggan di Amerika Syarikat, Australia dan Kanada.

Terdapat beberapa kekangan dikenakan seperti ciapan hanya boleh disunting sebanyak lima kali dalam masa 30 minit selepas ia dihantar. Ini adalah bagi mengelakkan ciri suntingan disalahgunakan dengan mesej asal ditukar sepenuhnya dari ciapan asal di kemudian hari. Twitter akan melihat bagaimana ciri edit ini digunakan terlebih dahulu dalam sesi ujian terhad sebelum melakukan lebih banyak perubahan.

Adalah mengecewakan jika ia hanya diberikan kepada pelanggan Twitter Blue tetapi ini mungkin akan memaksa pengguna untuk melakukan langganan kerana ianya ciri yang amat dikehendaki sejak dari awal lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami