India kini bercadang untuk memperketatkan undang-undang mereka, dalam memerangi ulasan palsu atau berbayar untuk produk-produk di laman media sosial dan juga laman edagang.
Kerajaan India kelak akan mengumumkan garis panduan serta undang-undang yang akan menyasarkan pengguna media sosial yang melakukan ulasan berbayar.
Ia dikatakan pengulas ini juga akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kes atau masalah melibatkan produk yang diulas tersebut.

Perkara ini selari dengan perkembangan arena internet dan edagang di sana – dimana orang ramai melakukan tempahan dan pembelian secara atas-talian, serta mudah terpengaruh dengan ulasan di media sosial.
Langkah ini diambil oleh kerajaan disebabkan peningkatan ulasan pada media sosial – tetapi, terdapat sejumlah pengulas melakukan ia secara berbayar, tetapi tidak menyatakan perkara tersebut.