Hasselblad X2D 100C Dilancarkan Dengan Sensor 100MP Format Sederhana Dan IBIS 5 Paksi

Diterbitkan pada Sep 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kamera digital Hasselblad X2D 100C telah dilancarkan hari ini dengan ia dilengkapi sensor gergasi 100MP medium format dan sistem penstabilan imej dalam tubuh (IBIS) 5 paksi. Sensor juga mampu mengambil gambar dengan warna 16-bit. Tidak berakhir di situ, sistem pemfokusan PDAF yang digunakan mempunyai 294 titik bagi memastikan subjek yang diambil dapat difokus dengan pantas.

Viewfinder 0.5″ OLED mempunyai 5.76 juta titik bagi memastikan imej kelihatan tajam sebelum pemetik kamera ditekan. Sebuah skrin LCD 3.6″ pada bahagian belakang pula adalah dari jenis sesentuh membolehkan tetapan kamera ditukar dengan mudah oleh pengendali.

Kamera nircermin ini boleh mengambil gambar dalam format JPEG atau 3FR RAW menggunakan storan dalaman 1TB ataupun kad memori CFExpress Type B. Tiada kemampuan rakaman video pada X2D. Bateri yang digunakan boleh mengambil 420 gambar sebelum perlu dicas. Pengecasan semula adalah menerusi port USB-C dengan output 30W.

Harga jualan Hasselblad X2D 100C ialah $8199 (~RM36,097) sebuah tanpa lensa. Tiga lensa baharu turut dilancarkan untuk kamera ini iaitu XCD 38mm F2.5 berharga $3,699 (~RM 16,651), XCD 55mm F2.5 berharga $3,699 (~RM 16,651) dan XCD 90mm F2.5 berharga $4,299 (~RM19.351).

komen


© Amanz / 2022 Kami