Cari @ Amanz

Apple hari ini memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, iaitu Apple Watch Series 8. Seperti sebelum ini, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri memfokuskan kecergasan seperti terdapat pada jam tangan sebelum ini, dan terbaru, ia turut hadir dengan sensor suhu.

Dua sensor digunakan pada jam tangan pintar bagi mengukur perubahan suhu badan melalui kulit pada pergelangan tangan. Bacaan dilakukan setiap 5 saat melalui jam tangan pintar tersebut, dan dikatakan boleh mengenal-pasti perubahan sehingga 1-darjah pada suhu badan.

Dengan ciri ini juga, ia boleh digunakan dalam memantau data berkenaan ovulasi untuk pengguna wanita.

Disamping itu, Apple Watch Series 8 juga kini boleh membantu dalam situasi seperti kemalangan kenderaan – dimana ia akan mengenal-pasti perubahan, dan memaklumkan pihak berkuasa. Apple menjayakan ini dengan menggunakan sensor gyroskop pada jam, serta mengenal-pasti daya impak dan sebagainya.

Apple Watch Series 8 hadir dengan sokongan bateri selama 18 jam, dan kini ia turut menyertakan sokongan kuasa rendah, menawarkan penggunaan sehingga 36 jam lamanya. Ia dijayakan dengan mematikan sejumlah ciri-ciri seperti kenal pasti automatik untuk senaman.

Pada bahagian selular pula, Apple Watch Series 8 kini turut menambah sokongan perayauan pada jam tangan pintar mereka.

Di Malaysia, Apple Watch Series 8 ditawarkan pada harga bermula RM1899 untuk 41mm, dan RM1999 untuk 45mm.

Untuk versi selular pula, ia hadir pada harga bermula RM2299 untuk 41mm, dan RM2399 untuk 45mm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd