Carian
Apple Memperkenalkan “Low Power Mode” Untuk Apple Watch
September 8, 2022 Fahim Zahar

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Apple akan memperkenalkan mod penjimatan bateri baharu untuk Apple Watch. Semasa melancarkan Apple Watch Series 8 tadi, Apple telah mengumumkan semua jam akan terus hadir dengan watchOS 9 dengan ciri dan fungsi baharu.

Pertama yang menarik perhatian adalah Low Power Mode yang sedia kita tahu ada dalam iPhone. Ia adalah mod kuasa rendah yang mengubah ikon bateri peranti ke kuning dan memberhentikan beberapa proses yang berjalan di latar. Seperti pada iPhone, mod ini membenarkan pengguna menggunakan jam seperti biasa tanpa ada halangan.

Mod ini tidak terhad kepada Apple Watch Series 8 sahaja, tetapi turut ke Series 4 dan ke atas. Dengan mengaktifkan mod ini, Apple Watch model lama boleh mempunyai bateri dengan ketahanan mencapai 36 jam sementara 60 jam untuk Apple Watch Ultra.

Komen