Apple AirPods Pro 2 Akhirnya Rasmi Dengan Cip Apple H2, Harga Jualan RM1,099

Diterbitkan pada Sep 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas bertahun lama menanti, Apple hari ini turut melancarkan set fon telinga sebenar serba baharu, iaitu AirPods Pro 2. TWS paling pro mereka kini rasmi dengan cip baharu, iaitu H2.

AirPods Pro 2 ini masih menggunakan rekaan sama, tiada perubahan jelas dilakukan kecuali pada dalaman sahaja. Dengan cip H2 ini, AirPods Pro kini boleh membatalkan hingar dua kali lebih kuat, mempunyai sistem mikrofon yang dipertingkatkan untuk mod tembus bunyi yang berkualiti. Kualiti audio juga dipertingkatkan untuk pengalaman pendengaran yang masih mengasyikkan. Begitu juga dengan ciri Spatial Audio yang kini lebih meluas.

Pada tangkai fon telinga, Apple menyertakan pad sesentuh untuk kawalan aras suara. Bukan itu sahaja, bateri juga bertahan lebih lama iaitu sehingga 6 jam dengan sekali pengecasan dan mencapai 30 jam dengan pod pengecasan.

Pada pod pengecasan, Apple masih menyertakan pengecasan MagSafe. Apple turut hadir dengan lubang untuk sangkut rantai kunci agar pod pebgecas AirPods Pro baharu ini tidak mudah hilang.

Tarikh jualan AirPods Pro 2 di Malaysia masih belum diumumkan lagi. Tetapi, harga jualan dilihat adalah sama iaitu RM1,099 dengan AirPods Pro edisi MagSafe tidak lagi disenaraikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami