Cari @ Amanz

Apple hari ini memperkenalkan dua telefon pintar baharu pada kategori asas mereka, iaitu iPhone 14 dan juga iPhone 14 Plus. Tiada lagi kemaskini diberikan kepada keluarga iPhone Mini.

Dengan langkah ini, iPhone mula memfokuskan kepada penawaran skrin biasa, dan juga skrin lebih besar – sekaligus menamatkan penawaran peranti bersaiz kompak sebelum ini generasi baharu.

Sebelum ini, keluarga Mini telah diperkenalkan ketika pengenalan iPhone 12, dan turut dikekalkan pada iPhone 13. Desas-desus ketika itu adalah permintaan untuknya adalah rendah – mungkin membawa kepada penamatan penawaran iPhone Mini oleh Apple.

Bagi anda, adakah anda akan merindui penawaran iPhone Mini sebelum ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd