Carian
Apple Memperkenalkan Cip Pemprosesan A16 Bionic Untuk Siri Peranti iPhone 14 Pro
September 8, 2022 Nazrin

Bersempena dengan pelancaran peranti iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, Apple turut memperkenalkan cip pemprosesan terbaru yang digunakan khusus untuk peranti ini, Apple A16 Bionic.

Seperti yang dijangka, cip pemprosesan ini dibangunkan menggunakan proses 4nm oleh TSMC, menjadikan Apple diantara pelanggan terawal mereka yang telah mengeluarkan cip pemprosesan menggunakan proses ini.

Ia hadir dengan 16 bilion transistor dan hadir dengan enam teras fizikal terbina didalam SoC ini, termasuklah dua teras prestasi tinggi dan empat teras efisiensi tinggi yang menggunakan teknologi neural network terkemuka Apple untuk menggerakkan tugasan-tugasan peranti bergantung kepada keperluan aplikasi.

Apple mengatakan bahawa cip pemprosesan A16 Bionic ini berkebolehan untuk melakukan 17 trilion operasi sesaat, dan tampil dengan prestasi 40 peratus lebih hebat berbanding dengan cip-cip pemprosesan pesaing yang dilancarkan pada tahun ini. Malah, mereka mengatakan bahawa cip-cip terbaru ini masih lagi sedang bersaing dengan cip pemprosesan A13 Bionic yang dilancarkan bersama-sama peranti iPhone 11.

Dalam pada itu, cip pemprosesan ini juga merumahkan fungsi seperti Display Engine yang membolehkan peranti ini hadir dengan kemampuan Always-On Display dan kadar segar semula 1Hz untuk membolehkan peranti ini hadir dehgan paparan skrin yang bukan sahaja sentiasa aktif, tetapi menggunakan jumlah kuasa yang sangat rendah.

Komen