Cari @ Amanz

Apple hari ini mengambil langkah seterusnya dalam membunuh slot SIM fizikal, dan mula memfokuskan kepada penawaran eSIM sepenuhnya.

Buat masa ini, perubahan ini hanya terhad kepada siri iPhone 14 yang dijual di Amerika Syarikat sahaja. Sementara model yang dijual dinegara-negara lain, ia masih kekal hadir dengan slot SIM fizikal.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan semuanya diuruskan secara digital, disamping membuang slot serta keperluan menyertakan pin khusus bersama kotak pembelian.

Mungkin kita akan melihat ia diperluaskan ke negara-negara lain dalam tahun-tahun akan datang berdasarkan kepada penggunaan telekomunikasi disesuatu negara.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd