Cari @ Amanz

Bersama pengenalan iPhone 14 hari ini, Apple turut mengumumkan sebuah ciri komunikasi baharu pada telefon pintar berkenaan, iaitu sokongan SOS kecemasan melalui penggunaan satelit.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menghantar SOS kecemasan kepada pihak berkaitan ketika berada di kawasan luar talian. Pengguna perlu menghalakan iPhone ke satelit berhampiran, dan seterusnya selepas ia berhubung, pengguna boleh menghantar SOS kecemasan.

Apple mengatakan ciri ini akan diperkenalkan kepada pengguna Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu bermula November. Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma selama dua tahun oleh Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd