Apple hari ini memperkenalkan iPhone 14 Pro yang hadir dengan perubahan pada rekaan skrin. Berbanding penggunaan takuk pada model iPhone 14 biasa, model “Pro” pula hadir dengan rekaan lubang “pil” padanya.
Apa yang membezakan ia berbanding penawaran pengeluar lain adalah Apple menjadikan rekaan ini agak interakfi.
Rekaan lubang “pil” ini boleh berubah dan menyesuaikan paparan mengikut notifikasi dan interaksi pengguna pada iPhone 14. Ia boleh memanjang untuk memaparkan informasi tambahan, atau mengecil – dimana ia dijayakan dengan menggunakan animasi berwarna hitam disekllilingnya.
Buat masa ini, hanya iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max hadir dengan rekaan ini. Tetapi dengan fokus yang diberikan pada rekaan dan interaksinya, tidak mustahil ia diperluaskan kepada siri-siri akan datang.