Apple hari ini mengesahkan kemaskini sistem operasi seterusnya untuk jam tangan pintar, iaitu watchOS 9 akan diperkenalkan kepada semua pengguna jam tangan Apple bermula 13 September kelak.
Kemaskini ini akan ditawarkan untuk Apple Watch Series 4 dan yang terkini, dan perlukan iPhone 8 atau iPhone SE (Generasi Kedua) dan terkini menjalankan iOS 16 dalam melakukan kemaskini ke jam tangan pintar berkenaan.
watchOS 9 bakal membawakan sejumlah rekaan muka jam baharu, sokongan papan kekunci pada skrin, kemaskini pada ciri kecergasan, serta sokongan bateri bertenaga rendah dalam memastikan jam tangan dapat digunakan untuk tempoh lebih lama.