Apple kini mengesahkan Malaysia akan menerima siri telefon pintar terbaru mereka, iPhone 14 dan juga iPhone 14 Pro lebih awal berbanding jangkaan.
Menurut Apple, pra-tempahan untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Pro boleh dibuat bermula minggu hadapan, 16 September. Untuk penawaran pula, iPhone 14 akan dijual bermula 23 September, sementara iPhone 14 Plus bermula 7 Oktober 2022 kelak. Sementara untuk kedua-dua model iPhone 14 Pro, akan ditawarkan bermula 23 September.

Ini menjadikan penawaran telefon terbaru Apple ini lebih pantas berbanding sebelum-sebelum ini.
Siri iPhone 14 akan ditawarkan pada harga bermula RM4199 di Malaysia, sementara siri iPhone 14 Pro pula ditawarkan pada harga bermula RM5299 di Malaysia.