Carian
Kemaskini iOS 16 Untuk iPhone Sedia Ada Akan Bermula 13 September
September 8, 2022 Fahim Zahar

Hari ini di acara Far Out oleh Apple, empat iPhone baharu telah dilancarkan. Bersama-sama dengannya, Apple Watch Series 8 dan Apple Watch Ultra turut diperkenalkan. Kesemua Apple Watch sedia ada akan menerima kemaskini watchOS 9 bermula 13 September ini, hari Selasa.

Untuk pengguna iPhone sedia ada, iPhone anda turut akan menerima kemaskini iOS 16 yang baharu pada tarikh yang sama – 13 September 2022. Pengguna iPad pula, memandangkan iPadOS bukan lagi sistem operasi yang sama dengan iPhone, kemaskini akan diedarkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Untuk menggunakan Fitness+ tanpa Apple Watch, selepas mengemaskini iPhone ke iOS 16 – aplikasi Fitness+ akan terus muncul dalam senarai aplikasi peranti masing-masing nanti.

Komen