Pameran Penerbangan Selangor 2022 Dilancarkan – Acara Berlangsung 8-10 September

Diterbitkan pada Sep 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pameran Penerbangan Selangor 2022 (Selangor Aviation Show) telah dilancarkan secara rasmi pagi ini oleh DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Acara ini akan berlangsung dari 8-10 September 2022 di SkyPark Regional Aviation Centre (RAC) ini menggunakan tema Satu-Satunya Acara Penerbangan Perniagaan Di Rantau menumpukan perhatian kepada industri penerbangan perniagaan dan am.

Acara dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Invest Selangor ini dihadiri pelbagai syarikat dari Thailand, Indonesia, China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Brazil, Kanada, Perancis, Switzerland, Republik Czech, Nigeria, UK dan Amerika Syarikat.

Sasaran SAS 2022 ialah untuk menjadikan Selangor khususnya Subang SkyPark sebagai hab penerbangan perniagaan di rantau Asia Tenggara. Antara yang ditawarkan di tapak pameran SAS 2022 ialah paparan produk, perkhidmatan, teknologi, pameran statik pesawat dan dron.

Pelawat industri perlu mendaftar terlebih dahulu untuk dua hari pertama dengan pameran kemudian dibuka kepada orang awam secara percuma pada 10 September. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pameran tahun ini, sila lawati laman https://selangoraviationshow.com/.

komen


© Amanz / 2022 Kami