Tahun ini untuk pasaran global, OnePlus mungkin hanya akan melancarkan dua peranti mercu iaitu OnePlus 10 Pro dan OnePlus 10T 5G. Tetapi di China, peranti mercu ketiga mungkin akan dilancarkan pada tahun ini juga.
OnePlus dikatakan akan memberikan fokus kepada rekaan dan prestasi. Peranti mercu OnePlus ini juga dikatakan mungkin akan menggunakan kamera Hasselblad, namun tiada sebarang pengesahan mengenainya. OnePlus dijangka akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagai cip pada peranti ini.
Snapdragon 8 Gen 2 dikatakan mempunyai 10% lebih kuasa pemprosesan dan prestasi dengan konfigurasi 1x Cortex-X3 core + 2x Cortex-A270, 2x Cortex-A710 dan 3x Cortex-A510 yang dipadankan dengan GPU Adreno 740 serta mungkin juga modem Snapdragon X70 5G.
Di China peranti ini akan dilancarkan, namun penjualan untuk pasaran global mungkin akan lebih kurang sama dengan OnePlus 10 Pro – iaitu beberapa bulan persediaan diperlukan.