Perkara pertama yang kami sarankan kepada pembeli peranti Apple ialah supaya mendapatkan pelan perlindungan AppleCare+. Di bawah AppleCare+, jika berlaku sebarang kerosakan peranti boleh dibaiki pada harga yang lebih rendah berbanding tanpa pelan. Semasa acara Apple Event pagi tadi, AppleCare+ telah dikemaskini untuk memberikan gantian tanpa had untuk kerosakan yang berlaku secara tidak sengaja.
Sebelum ini AppleCare+ hanya meliputi 2 kerosakan yang berlaku dalam masa setahun. Tetapi Apple meletakkan syarat kerosakan yang berlaku haruslah secara tidak sengaja. Ini merangkumi produk iPhone, iPad, Apple Watch dan Mac yang ditawarkan oleh Apple kepada pengguna.
Di Amerika Syarikat kos membaiki skrin atau panel kaca belakang dikenakan bayaran $29 (~RM130) dan kerosakan tidak sengaja lain dikenakan bayaran $99 (~RM445) di bawah AppleCare+. Masih lebih murah berbanding tanpa pelan perlindungan,
Di Malaysia pelan AppleCare+ untuk Mac, iPad dan Apple TV sahaja ditawarkan pada waktu ini. Pengguna iPhone dan Apple Watch Malaysia harus berhati-hati kerana kerosakan akan ditanggung sendiri.