Cari @ Amanz

Bose QuietComfort Earbuds II telah dilancarkan secara rasmi dengan binaan lebih kecil dan ringan berbanding generasi sebelum ini. Melaluinya, ia menampilkan tubuh berasaskan plastik yang bertangkai pendek bersama putik sejenis silikon.

Seterusnya, ia juga dilengkapi pemandu audio bersaiz 9.3mm bersama empat mikrofon terbina dan sokongan Bose CustomTune Sound Calibration Technology untuk audio berkualiti tinggi. Kawalan sesentuh yang disokong boleh digunakan untuk sejumlah tetapan seperti memainkan, menjeda dan melangkau audio.

Turut disertakan adalah sambungan bluetooth 5.3 untuk sambungan nirwayar dan CODED SBC/AAC. Bukan itu sahaja, ia juga dimuatkan dengan penarafan kalis air IPX4 dan ketahanan bateri hingga enam penggunaan menerusi port USB-C. Untuk harga, ia dijual pada $299 (~RM1,345) dengan kemasan berwarna putih dan hitam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd