Cari @ Amanz

Sekumpulan rakan-rakan dan juga ahli keluarga Steve Jobs, kini bekerjasama dan telah membangunkan sebuah arkib atas-talian yang menghimpunkan sejumlah memori melibatkan Steve Jobs.

Dinamakan sebagai “Steve Jobs Archive”, ia menyertakan sejumlah koleksi, termasuk audio, teks, emel, video dan sebagainya. Beberapa kandungan pada laman berkenaan juga tidak pernah dipaparkan kepada umum sebelum ini.

Melalui pengenalan arkib ini, ia dijangka akan dapat memberikan lebih inpsirasi kepada orang ramai dalam kehidupan dan juga pekerjaan.

Anda boleh mengakses arkib ini melalui SteveJobsArchive.com.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd