Cari @ Amanz

Peranti di bawah siri Realme C bakal dikemaskini dengan model baharu tidak lama lagi. Melaluinya, Realme C30s akan diumumkan dengan tubuh berkotak dan panel sejenis rata yang bertakuk. Turut disertakan adalah skrin sebesar 6.5-inci dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 88.7%.

Bukan itu sahaja, peranti pintar juga dimuatkan dengan pengimbas cap jari sisi yang diiklankan mampu menyahkunci peranti sekitar 1 saat. Bateri berkapasiti 5000mAh dan cip pemprosesan lapan teras yang tidak didedahkan secara khusus setakat ini. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasminya pada 14 September 2022.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd