Sejumlah Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Sementara Malam Ini

Diterbitkan pada Sep 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maybank kini memaklumkan yang mana beberapa perkhidmatannya akan mengalami gangguan pada malam ini. Ia tidak dapat di akses untuk sementara waktu di antara jam 11:30 – 11:59 malam. Hal ini berlaku disebabkan oleh penyelenggaraan pada sistem bagi membolehkan pengalaman beli-belah tanpa gangguan sewaktu jualan 9.9. Antara perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :

  • Maybank2u & pembayaran atas talian
  • Aplikasi MAE
  • Aplikasi QRPay Biz
  • Aplikasi Maybank Wealth
  • Pembayaran FPX
  • Transaksi kad debit
  • Mesin ATM
  • Mesin deposit cek
Maybank

Pihak Maybank memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menyarankan orang ramai untuk membuat sebarang transaksi lebih awal. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Maybank secara terus menerusi emel yang disediakan – [email protected]

komen


© Amanz / 2022 Kami