Nampaknya, disebabkan kadar tukaran mata wang, Apple meningkatkan harga jualan sejumlah produk mereka. Selain peningkatan harga jualan untuk iPhone SE 2022, Apple juga kini meningkatkan harga jualan untuk tag penjejak mereka, iaitu AirTag.
AirTag merupakan sebuah aksesori bersaiz kecil, membolehkan pengguna memasangnya pada dompet, beg, dan sejumlah peralatan lain – dan seterusnya menjejak ia menggunakan aplikasi Find My.
Ketika pengenalan, AirTag dijual pada harga RM129 untuk setiap satu, atau RM419 sekiranya beli dalam pek 4.

Walaubagaimanapun, kini ia memperlihatkan peningkatan harga. Setiap satu AirTag kini dijual pada harga RM139, dan pek 4 AirTag pula dijual pada harga RM469.