Siri vivo V25 – Bakal Memenuhi Keperluan Anda Sebagai Seorang Vlogger

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Platform-platform media sosial hari ini ada yang memberikan ganjaran kepada mereka yang aktif menghasilkan video, contohnya seperti Youtube dan juga TikTok. Ramai yang berminat untuk menjadi aktif dalam menghasilkan kandungan bagi menjana pendapatan sampingan. Tetapi untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti, anda juga perlu mempunyai perkakasan yang boleh memenuhi keperluan anda. Oleh sebab itu, anda perlu memiliki siri vivo V25 kali ini kerana siri ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi rakaman untuk kegunaan vlog yang dapat membantu anda dapatkan kualiti rakaman yang baik.

Evolusi Ringkas Siri vivo V

Sejak pengenalan siri V ini lagi kita semua sedia tahu bahawa siri V lebih memfokuskan kepada kualiti rakaman swafoto. Bermula daripada penawaran bantuan pencahayaan lembut untuk kamera hadapan pada siri vivo V21, sehinggalah ia mampu menghasilkan rakaman dengan pewarnaan yang jitu dan kelihatan lebih semula jadi pada siri vivo V23. Pihak vivo juga telah menambah baik sistem kamera siri ini dari segi perisian, perkakasan, teknologi kamera dan terus komited untuk mencipta teknologi penggambaran yang lebih berkualiti. Menurut vivo, siri vivo V25 terbaru mereka ini katanya membawakan kualiti rakaman yang lebih baik dan menyeluruh daripada siri yang sebelumnya.

1. Rakaman Malam Lebih Cantik Dengan Kamera Ultra Sensing 64MP OIS

Menjadi seorang pencipta kandungan kadang kala memerlukan anda untuk merakamkan pelbagai jenis situasi, tidak kira sama ada pada waktu siang atau juga malam. Jika dahulu ia agak sukar untuk kita dapatkan penggambaran malam yang jitu, kini dengan siri vivo V25 ia membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman malam yang lebih berkualiti hasil bantuan daripada kamera Ultra Sensing 64MP OIS mereka.

Lensa 64MP pada kamera belakang mereka ini menawarkan saiz piksel yang besar, iaitu 1.4μm dimana ia akan menggabungkan empat piksel menjadi satu untuk penghasilan gambar yang lebih jitu terutamanya pada waktu malam. Ditambah pula dengan sokongan Optical Image Stabilization (OIS), Electronic Image Stabilization (EIS) dan juga 50MP Eye AF Selfie, rakaman anda akan menjadi lebih stabil dan cantik walaupun dirakam ketika anda sedang bergerak kerana fungsi Eye AF Selfie akan jejak mata anda agar sentiasa berada dalam rakaman.

2. Rakaman Video Beresolusi 4K

Hari ini rakaman beresolusi 4K sudah menjadi satu keperluan kepada kita semua untuk dapatkan pengalaman tontonan yang lebih mendalam. Ini kerana hampir kesemua televisyen pintar hari ini sudah menyokong paparan beresolusi 4K. Untuk membolehkan orang ramai menonton video anda pada resolusi 4K, kamera anda juga perlulah menyokong rakaman beresolusi tinggi ini.

Salah satu peranti mudah alih yang menyokong rakaman 4K ini adalah tentunya daripada siri vivo V25. Telefon pintar ini menyokong untuk menghasilkan rakaman berkualiti tinggi untuk kamera hadapan dan juga belakangnya. Tetapi bagi kamera hadapan, terdapat juga fungsi Video Face Beauty yang akan memberi efek kecantikan kepada subjek dalam rakaman. Jadi, anda tidak lagi perlu berasa tidak yakin apabila berhadapan dengan kamera.

3. Padat Dengan Ciri-Ciri Untuk Vlog

Yang paling penting sekali di antara semua ini, adalah siri vivo V25 kali ini hadir dengan ciri Vlog Movie dimana vivo menawarkan pelbagai jenis templat video yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian kandungan anda. Perkara ini sedikit sebanyak memudahkan lagi kerja anda untuk menghasilkan kandungan kreatif dengan lebih cepat.

Selain itu, terdapat juga fungsi Dual View Video yang membolehkan anda untuk mengaktifkan kamera hadapan dan belakang dalam satu masa yang sama. Jadi anda boleh merakam situasi di hadapan anda dan juga reaksi anda secara serentak tanpa perlu membuat suntingan tambahan lagi. Terdapat pelbagai lagi jenis fungsi yang akan memenuhi keperluan anda sebagai pencipta kandungan seperti Video HDR, Multi Style Portrait, Bokeh Portrait, dan banyak lagi.

4. Spesifikasi Yang Memuaskan Untuk Kegunaan Harian

Siri vivo v25 ini kali ini dilancarkan dengan tiga variasi, iaitu vivo V25 Pro, vivo V25 dan juga vivo V25e. Ketiga-tiganya membawakan spesifikasi yang hampir sama, terutama sekali bagi model vivo V25 dan juga vivo V25e. Namun perbezaannya yang ketara hanyalah dari segi cip pemprosesan dan kameranya sahaja.

Bagi variasi vivo V25, model ini menerima janaan cip pemprosesan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM bersama storan dalaman 256GB yang boleh diperluaskan lagi sehingga 1TB, sama seperti vivo V25e. Untuk sokongan kameranya pula, ia terdiri daripada tri-kamera utama yang menggabungkan lensa utama 64MP (OIS), 8MP untuk rakaman sudut lebar, dan juga 2MP untuk rakaman makro. Kamera hadapannya pula adalah 50MP.

Bagi variasi vivo V25e pula, telefon pintar ini dijana dengan cip MediaTek Helio G99. Untuk kameranya, telefon pintar ini menggunakan kamera utama 64MP (OIS) yang digabungkan bersama lensa 2MP untuk bokeh dan juga 2MP untuk rakaman makro. Manakala bagi kamera swafotonya pula, telefon pintar ini menawarkan lensa sebesar 32MP.

Di antara ketiga-tiga model ini, variasi vivo V25 Pro merupakan variasi yang mempunyai spesifikasi yang tertinggi. Telefon pintar ini hadir dengan saiz skrin yang lebih besar dari yang lain iaitu 6.56 inci dan ia turut dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1300. Kameranya pula menggabungkan lensa 64MP+8MP+2MP untuk kamera belakang dan 32MP untuk kamera hadapan. Saiz storan yang ditawarkan ada dua, iaitu 8GB RAM+128GB ROM atau 12GB RAM+256GB ROM. Kapasiti baterinya juga adalah yang terbesar, iaitu 4830mAh jika dibandingkan dengan variasi vivo V25 dan juga vivo V25e yang hadir dengan kapasiti 4500mAh.

5. Rekaannya Versatil Yang Boleh Bertukar Warna

vivo telah memperkenalkan rekaan yang boleh berubah warna untuk panel belakang siri vivo V23 sebelum ini, dan nampaknya rekaan ini masih lagi dikekalkan pada siri vivo V25 mereka. Ini merupakan salah satu daya tarikan utama bagi siri V ini. Kemasan panel belakang siri ini menggunakan kaca AG Fluorite dimana ia memberikan kesan yang licin dan tidak mudah untuk terlekap cap jari apabila dipegang. Untuk pasaran Malaysia, siri telefon pintar ini ditawarkan dengan 3 pilihan warna, iaitu Diamond Black, Sunrise Gold dan warna yang hanya ditawarkan di Malaysia sahaja iaitu Aquamarine Blue untuk model vivo V25 dan juga vivo V25e. Manakala bagi model vivo V25 Pro pula, telefon pintar ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Starlight Black dan Surfing Blue.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, jika anda seorang yang mementingkan kualiti kamera dan sedang mencari telefon pintar yang sesuai untuk kegunaan harian sebagai seorang vlogger, siri vivo V25 ini adalah salah satu telefon pintar yang anda boleh pertimbangkan untuk dibeli.

Untuk pasaran Malaysia, siri telefon pintar vivo V25 ini boleh dimiliki pada harga bermula RM1,399 untuk model vivo V25e hingga RM2,499 bagi model vivo V25 Pro. Ketiga-tiga model ini sudahpun tersedia dijual di pasaran Malaysia. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan telefon pintar terbaru vivo sementara stok masih ada dan serlahkan kreativiti fotografi serta videografi anda dengannya.

Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami