Cari @ Amanz

Sony Xperia PRO-i telah dilancarkan sebelum ini dengan harga RM7,199. Ia memberi fokus terhadap kebolehan fotografi gred professional dengan sensor kamera bersaiz satu-inci dan PDAF. Selari dengannya, kini timbul desas-desus baharu mengenai kewujudan penggantinya pula.

Memetik laporan GSMArena, sistem kamera untuk kali ini adalah serba baharu. Di mana, sebanyak tiga kamera yang akan disertakan dengan kebolehan lebih baik. Kesemua sensor adalah sebesar 48MP yang turut menyokong kebolehan untuk ultra-lebar dan telefoto. Bukan itu sahaja, kamera telefon juga dijangka mempunyai kebolehan bukaan apertur yang boleh diubah dan sokongan cip ISP khusus baharu turut digunakan untuk pengalaman lebih baik.

Buat masa ini, harus ditegaskan maklumat dikongsi masih lagi di peringkat ura-ura. Belum dapat dipastikan sama ada ia bakal dilancarkan secara rasmi kelak atau sebaliknya. Tetapi jika benar, jangkaan awal mencadangkan pelancaran untuknya boleh berlangsung pada November kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd