Cari @ Amanz

Twitter kini menguji sebuah butang perkongsian terus ke WhatsApp – terhad di India.

Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna berkongsi akan sesuatu Tweet terus ke WhatsApp dengan lebih pantas – berbanding keperluan sebelum ini yang memerlukan pemilihan butang perkongsian dan seterusnya memilih WhatsApp.

Twitter dilihat menguji ciri ini di India kerana negara tersebut mempunyai lebih 400 juta pengguna WhatsApp yang aktif.

Butang WhatsApp ini juga turut menggantikan penggunaan butang perkongsian biasa – dan mungkin menyukarkan sekiranya pengguna ingin berkongsi melalui medium lain.

Buat masa ini, ciri ini sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diperluaskan, atau ditamatkan ujiannya.

Bagi anda, apa pendapat anda berkenaan langkah Twitter bereksperimen dengan butang perkongsian terus ke WhatsApp ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd